Syarat Tempahan

Syarat-syarat Tempahan & Maklumat Berkenaan

Tempahan & Bayaran Pendahuluan

• Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh bertolak. 
• Bayaran deposit hanya RM 500 seorang hendaklah dibayar semasa pendaftaran.

Bayaran Penuh

• Bayaran sepenuhnya hendaklah dijelaskan tidak kurang daripada 40 hari sebelum tarikh berlepas. 
• Bayaran yang menggunakan cek hendaklah dibuat dalam tempoh 50 hari sebelum bertolak.

Cara Pembayaran

1. CASH 
• Anda boleh datang ke pejabat NMTS untuk membuat pembayaran.

2. ONLINE TRANSFER/CDM 
• Anda boleh membuat pembayaran atas talian atau menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) untuk membuat pembayaran kepada akaun NMTS :

NAMA AKAUN : NUR MULTAZAM TRAVEL & SERVICES SDN.BHD 
NOMBOR AKAUN : 5602 1405 7354
JENIS BANK : MAYBANK

maybank

* Setelah selesai, anda perlu tunjukan gambar slip sebagai bukti pembayaran melalui:

• WhatsApp : +6013 804 7579 atau
• Email : multazam_nur@yahoo.com 

Pakej Umrah Termasuk

• VISA Umrah (tertakluk kepada kelulusan kedutaan Arab Saudi).
• Tiket penerbangan Kelas Ekonomi pergi dan balik. Penerbangan dari Kota Kinabalu (Royal Brunei Airlines).
• Cukai lapangan terbang.
• Pengangkutan pergi dan balik seperti tercatat dalam aturcara.
• Penginapan seperti yang dimaklumkan atau setaraf dengannya.
• Jadual makanan penuh (3 kali sehari) kecuali Bulan Ramadhan (2 kali sehari).
• Pelan insurans kelompok Takaful Ikhlas .
• 2-3 Pengiring (Mutawwif) dari Sabah & di Mekah.
3 kali Umrah Percuma dengan pengiring / Mutawwif 
Kursus Umrah Percuma & Cenderahati (Beg (3), Buku Panduan Umrah, Telekung, T-shirt, Air Zam-zam)

Pakej Umrah Tidak Termasuk

• Perbelanjaan peribadi
• Lebihan berat bagasi. 

NOTA
Anda dinasihatkan tidak membuat sebarang pertukaran tempat penginapan, aturcara dan lain-lain urusan semasa mengikut pakej ini.

shadow
Pembatalan Pakej

Jika seseorang ingin membatalkan tempahan yang telah disahkan seperti mana yang telah ditetapkan, mereka akan dikenakan pemotongan seperti berikut:

90 hari sebelum tarikh berlepas  : 50% deposit pendaftaran  dikembalikan.
60 hari sebelum tarikh berlepas  : Deposit pendaftaran RM 500 tidak dikembalikan.
8-30 hari sebelum tarikh berlepas  : 25% dari harga pakej dikembalikan.
Kurang dari 8 hari sebelum tarikh berlepas : 100% harga pakej tidak dikembalikan.

NOTA
Anda hendaklah mengemukakan surat pengesahan pembatalan tempahan pakej sebagai rujukan rasmi syarikat.

shadow
Dokumen Perjalanan

(Serahkan 40 hari sebelum bertolak)
• Bagi pakej-pakej anjuran Nur Multazam Travel & Services Sdn Bhd, dokumen berikut diperlukan untuk permohonan visa ;
a. Passport antarabangsa – sah selama 6 bulan sehingga peserta kembali ke tanah air.
b. Surat akuan kesihatan 1 buku suntikan ACYW 135 (pakej umrah sahaja)
c. Surat pengesahan muhrim – jika diperlukan
d. 4 Keping gambar (tidak akan dikembalikan). 

• Kelulusan visa tertakluk kepada keputusan pihak kedutaan. Setiap peserta hendaklah memberikan kerjasama ke atas penambahan segala dokumen yang diperlukan mengikut keadaan semasa pihak kedutaan.

Passport

Anda dinasihatkan sentiasa membawa passport / dokumen perjalanan semasa berada di Negara-negara yang dilawati. Bagi pakej umrah, passport akan disimpan oleh pihak syarikat dan peserta digalakan memakai lencana pengenalan syarikat.

Insuran

Kami menasihatkan kepada semua palanggan agar mempunyai insuran diri dan barang-barang untuk melindungi mereka semasa dalam perjalanan.

Mata Wang

Mata wang digunakan mengikut negara yang dilawati.

Harga Pakej

• Harga adalah tertakluk kepada harga tiket penerbangan dan pengurusan di setiap destinasi. Ia boleh berubah tanpa sebarang notis.
• Segala penambahan untuk harga pakej hendaklah dijelaskan sebelum bertolak ke destinasi.
• Jika pembayaran penuh tidak dijelaskan maka pihak syarikat berhak memotong terus nama peserta dari senarai.
• Pemulangan kembali wang baki yang telah dibayar akan dibuat 3 bulan dari tarikh permohonan atau lebih awal daripada ini jika tidak mendatangkan masalah dengan pemulangan bayaran itu.
• Harga pakej tertakluk kepada tukaran mata wang asing waktu pembayaran dibuat.

Tiket

• Tiket yang telah dikeluarkan adalah tiket yang khas ia tidak boleh diendoskan dan tidak boleh dikembalikan atau diberi kepada orang lain.
• Penumpang yang berdaftar sahaja yang boleh menggunakan tiket tersebut.
• Pihak syarikat tidak bertanggungjawab tentang pengurusan visa kepada yang hanya membeli tiket sahaja secara bertulis dan ianya akan diimplimentasikan mengikut kemampuan. Namun begitu, penyusunan bilik adalah ditentukan oleh pihak syarikat.

Tanggungjawab

• Pihak syarikat hanya memberi perkhidmatan pengangkutan/penginapan dan lain-lain perkhidmatan yang telah disediakan di setiap destinasi. Lain-lain perkhidmatan adalah bergantung kepada kesediaan pihak agen di setiap destinasi.
• Pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku sama ada secara sengaja ataupun tidak seperti kehilangan, kelewatan, bencana alam, kebakaran, rusuhan, peperangan atau apa jua kesukaran, kesulitan, ketidakselesaan dan sebagainya yang dialami dalam masa lawatan semasa pergi dan balik sama ada melibatkan fizikal atau herta benda.
• Para peserta adalah dilarang untuk mengambil sebarang jenis dakwaan, tindakan, tuntutan atau pampasan ganti rugi terhadap Nur Multazam Travel & Services Sdn Bhd daripada sebarang perkara yang berpunca daripada perkara tersebut di atas.

Aturcara Perjalanan

• Setiap aturcara perjalanan yang disediakan oleh pihak syarikat boleh berubah mengikut aturcara yang ditetapkan oleh pihak agen di setiap destinasi tanpa sebarang pemberitahuan.
• Pihak syarikat berhak untuk mengubah terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu.