Borang Pendaftaran Badal Haji & Badal Umrah bersama Nur Multazam®️

Berdasarkan Kad Pengenalan
Sebaiknya yang ada WhatsApp
*Sila sertakan peti surat, poskod & negeri untuk tujuan penghantaran Sijil & Cenderahati.

Pengertian Badal Haji

Badal ertinya ‘ganti ‘ , ‘pengganti ‘, atau yang ‘ digantikan’. Oleh itu Badal Haji adalah ‘menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:

Maksudnya: ” Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia ,iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam.”
(Surah Al-Imran ayat 97)

Dalil Badal Haji

(Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia)
Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas RA. Bahawa seorang wanita dari Bani Khats’am berkata, “Wahai Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?” Rasulullah SAW. menjawab, “Boleh.” Ini pendapat Imam Syafi’i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, “Tidak wajib.”

Pendapat ulama Syafi’i dan Hambali.
Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati.

Siapa yang melaksanakan?
Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas RA, Bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berkata, “Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah.” Rasulullah SAW bertanya, “Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?” Ia menjawab, “Belum.” Beliau bersabda, “Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah.”

Prosedur Badal Haji

1. Anda perlu isi borang pendaftaran secara online

2. Bayaran deposit serendah RM200 (Cash / Transfer) *sekiranya melalui Transfer CDM / online banking, anda perlu mengemukakan slip/resit pembayaran kepada kami sebagai bukti pembayaran (hantar gambar resit melalui WhatsApp atau E-Mail

3. Lafaz akad badal haji *boleh juga melalui telefon / WhatsApp.

4. Bayaran penuh perlu diselesaikan selewat-lewatnya sebulan sebelum Hari Raya Aidiladha.

5. Pihak kami akan menghubungi anda setelah sijil & cenderahati kami terima dari Ustaz kami di Mekah. (Sekurang-kurangnya sebulan selepas musim haji berlalu).

Cara Pembayaran

1. CASH 
• Anda boleh datang ke pejabat NMTS untuk membuat pembayaran.

2. ONLINE TRANSFER/CDM 
• Anda boleh membuat pembayaran atas talian atau menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) untuk membuat pembayaran kepada akaun NMTS :

NAMA AKAUN : NUR MULTAZAM TRAVEL & SERVICES SDN.BHD 
NOMBOR AKAUN : 5602 1405 7354
JENIS BANK : MAYBANK

maybank

* Setelah selesai, anda perlu tunjukan gambar slip sebagai bukti pembayaran melalui:

• WhatsApp : +6013 804 7579 atau
• Email : multazam_nur@yahoo.com 

Harga & Cenderahati